Saturday, 29 December 2012

Yang di-Pertuan Agong terima zakat perniagaan 4 syarikat

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan menerima pemberian zakat perniagaan bagi tahun 2011 dari empat syarikat bernilai kira-kira RM1.91 juta, kepada Pejabat Zakat Negeri Kedah dan Wilayah Persekutuan.

Majlis penyerahan zakat itu dimulakan dengan penyerahan zakat dari Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yang disampaikan oleh Presidennya Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum dengan nilai RM105,207.

Daripada jumlah itu, RM55,140 akan diberikan kepada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan manakala selebihnya adalah kepada Pejabat Zakat Negeri Kedah.

Dalam majlis yang berlangsung di Istana Anak Bukit, Bina Darulaman Berhad (BDB) pula menyerahkan zakat melalui Pengerusinya, Datuk Saad Endut dengan nilai RM855,000 diikuti oleh Naib Pengerusi Koperasi Bank Persatuan  Malaysia, Zainon Ishak dengan nilai RM150,000.

Turut menyerahkan mock cek zakat perniagaan ialah Padiberas Nasional Berhad (Bernas) melalui Ahli Lembaga Pengarahnya Datuk Azizan Ayub bernilai RM800,790.

Sementara itu, Presiden Angkasa Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum berkata, pihaknya juga turut menyediakan 400 ekor lembu sebagai pemberian zakat kepada 103 asnaf Orang Asli yang terpilih dengan setiap seorang menerima empat ekor lembu bernilai kira-kira RM6,500 untuk diternak.

"Kita lihat mereka (Orang Asli) ada potensi dalam mengembangkan sektor pertanian melalui ternakan lembu. Salah satu tujuan kita memberi lembu kepada golongan Orang Asli sebagai zakat adalah kerana kita nak didik mereka untuk berdikari dan kita lihat mereka menghargai pemberian ini," katanya.

Beliau berkata, pada tahun lepas Angkasa menyerahkan 180 ekor lembu kepada 60 orang asnaf dengan setiap seorang menerima tiga ekor anak lembu yang dianggarkan berharga kira-kira RM5,000.- Bernama

Monday, 10 December 2012

Tip Bercuti Bersama Anak-anak

Elak cuti jadi mimpi ngeri
Percutian bersama anak-anak kadangkala memeningkan. Tetapi ini bukan bermakna kita tidak boleh menjadikannya sesuatu yang menyeronokkan. Tekanan pasti ada, maklum berdepan dengan anak yang masih kecil dan sukar dijangka. Persediaan rapi sangat penting.

Percutian seharusnya menjadi tali pengikat kasih sayang antara ibu dan anak-anak. Bagi mengelakkan percutian impian bertukar menjadi mimpi ngeri, panduan percutian yang praktikal bersama anak-anak perlu bagi menjayakannya.

Oleh itu, segala macam kerenah yang ditunjukkan anak-anak, terimalah dengan hati yang terbuka kerana hakikatnya percutian adalah masa yang paling ideal untuk ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan kerjaya masing-masing mengenali personaliti sebenar anak kecil mereka yang semakin membesar.

Panduan berikut mungkin dapat membantu mengurangkan tekanan

- Cuba rancang waktu perjalanan yang hampir dengan waktu tidur anak untuk mengelakkan mereka meragam. Anak kecil mudah bosan duduk di dalam kenderaan untuk tempoh yang panjang. Jika tidak, kerap berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) bagi menghilangkan kebosanan mereka.

- Selimut dan bantal boleh menjadikan perjalanan jauh lebih selesa dan kalau bernasib baik mereka akan tertidur. Bawa bekalan seperti snek, roti dan air kotak. Anak-anak akan lebih tenang apabila perut terisi.

- Bawalah DVD kegemaran mereka jika kenderaan punya pemain DVD kereta.

Biarpun ramai ibu bapa terpaksa melupakan saluran radio mahupun muzik kegemaran kerana terpaksa mengalah dengan anak-anak demi ketenangan dan kelancaran pemanduan.

Selagi mereka tidak bergaduh, ulang memasang DVD berkali-kali pun tidak mengapa.

- Benarkan mereka membawa hanya satu permainan setiap seorang. Anak-anak sebenarnya sangat kreatif, mereka tidak perlu membawa permainan sebaliknya apa saja yang ditemui boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Sekurang-kurangnya mereka ada sesuatu yang melekakan untuk bermain.

- Siapkan beg pakaian yang ringkas. Bukan saja memberi anda lebih kebebasan, menjimatkan masa mengeluarkan dan memasukkan pakaian tetapi juga lebih mudah dibawa. Kereta sorong juga kadang kala remeh dan menyusahkan.

Dukung anak kecil anda atau biarkan mereka berjalan terutama yang `baru saja dapat kaki'. Pasti ia menyeronokkan.

- Siapkan keperluan utama anak dalam beg yang mudah dicapai, seperti lampin pakai buang, changing mat, tisu lembap, tuala kecil, tisu poket, termos kecil, sebotol air mineral, susu formula yang siap disukat, makanan dan minuman. Ia memudahkan pergerakan terutama apabila menggunakan kenderaan awam. Malah, menggunakan beg sandang belakang adalah lebih praktikal untuk membawa keperluan utama ini.

- Bawa pakaian anak secukupnya sepanjang percutian. Jumlah yang perlu dibawa bergantung kepada keperluan, mungkin tiga pasang sehari sudah memadai.

Bawa juga bersama topi, kasut, stokin, tuala mandi, tuala kecil, tisu lembap, bantal kecil, tisu poket, set mandian (travel pack), putik kapas, ubat-ubatan, dan juga termometer untuk memudahkan memantau suhu badan anak. Perubahan cuaca mungkin boleh menyebabkan anak kecil anda mudah mendapat demam. Mungkin anda boleh mencuba petua tidak memandikan anak kurang tiga jam sesudah sampai.

- Bawa ubat asas seperti panadol, ubat demam dan minyak angin serta ubat luka. Dengan anak-anak yang cergas dan lasak, kecederaan boleh berlaku bila-bila masa saja.

- Utamakan waktu rehat anak. Berjalan bersama anak kecil memerlukan kita mengikut rentak mereka.

Elakkan daripada terus berjalan-jalan sedangkan anak kecil anda sudah keletihan dan mengantuk. Keletihan akan menyebabkan mereka meragam. Anak yang mula membuat kerenah akan membangkitkan kemarahan dan tekanan kepada ibu bapa. Oleh itu, cuba rancang waktu anda dengan memberi ruang rehat secukupnya kepada anak kecil sebelum memulakan aktiviti. Keletihan yang berterusan mungkin boleh mengganggu kesihatan anak anda.


Saturday, 1 December 2012

Kolam Renang Palsu Dan Berillusi


Pernah tak jumpa atau tengok kolam renang yang nampak ada orang kat dalam kolam tu tapi berdiri seperti  biasa sahaja bukan dalam keadaan menyelam?
cuba tengok yang ini pula:
fakepool011 Kolam Renang Palsu Dan Berillusi
Rupanya ada orang lain di bawah tu.. tapi dalam bilik yang berasingan yang ada ruang udara.. hehe. Mari tengok yang ini pulak :
fakepool02 Kolam Renang Palsu Dan Berillusi
Yang ini di tempat lain :
fakepool03 Kolam Renang Palsu Dan Berillusi
Yang ini di Amerika:
fakepool04 Kolam Renang Palsu Dan Berillusi

Tak ada ke yang berbuat seperti ini di  Malaysia .....tunggu.....Malaysia Boleh!

Monday, 26 November 2012

HLTM Takaful Aims RM2 Million Premium From Matta Haj & Umrah Takaful Scheme


Hong Leong Tokio Marine Takaful Bhd (HLTM Takaful) is eyeing RM2 million in premium contribution by year-end from its newly launched “Matta Haj and Umrah Personal Accident Takaful Scheme.
General Manager (Channel Management) Abdul Khalid Salleh said the company was confident of achieving the target as the scheme has been made compulsory for Haj and Umrah (minor haj) pilgrims.
Furthermore, umrah pilgrims are on the rise, he said.

The affordable scheme was jointly developed by HLTM Takaful and the Malaysian Association of Tour and Travel Agents (Matta), he told reporters after the signing of a memorandum of understanding between HLTM Takaful and Matta.
Three plans — basic plan, premium plan and premium plus plan — are offered under the scheme which provide for emergency medical evacuation, repatriation of mortal remains, medical expenses coverage, funeral allowance and “Badal Haji” (performing Haj on behalf of the deceased and permanently disabled person), he added.
Meanwhile, Matta president Datuk Mohd Khalid Harun said the scheme conformed to the Tourism Ministry’s requirements under Section 6 (1A) of the Tourism Industry Act 1992.
Under the section, it was compulsory for Haj and Umrah pilgrims to have a valid Takaful coverage, he said.
Khalid said Umrah pilgrims are expected to increase by 10,000 to 100,000 this year as compared to 90,000 last year.
“This collaborative arrangement will ensure Malaysian Muslims travelling abroad on Haj and Umrah pilgrimage will have adequate insurance coverage or Takaful protection,” he added.
– BERNAMA

Wednesday, 21 November 2012

Taraf hidup Orang Asli masih kuno


MUADZAM SHAH - Kira-kira 30 penduduk Orang Asli Kampung Kundang di sini minta kerajaan menyalurkan bekalan elektrik dengan segera di kawasan penempatan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kundang, Mohd Rani Abdullah berkata, sudah lebih 30 tahun penduduk menetap di kampung itu, namun mereka tidak pernah menikmati bekalan asas tersebut.
Taraf hidup masih kuno

Menurutnya, penduduk sudah hilang sabar kerana terpaksa berdepan kesulitan setiap hari, selain bergantung kepada penggunaan generator dan pelita setiap hari.

“Cara hidup kami tak ubah seperti zaman nenek moyang pada waktu dahulu dan mahu kerajaan segerakan proses penyaluran elektrik dari rumah ke rumah penduduk,” katanya.

Mohd Rani berkata, kehidupan kira-kira 50 penduduk di situ amat sukar terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Menurutnya, bagi penduduk yang menggunakan generator, mereka terpaksa berbelanja di ‘luar kemampuan’ kerana terpaksa membeli minyak petrol setiap hari bagi menghidupkan enjin jana kuasa tersebut.

“Sebulan kami terpaksa berbelanja RM300 untuk minyak petrol sahaja dan keadaan ini sudah tentu memberi tekanan kepada kami,” katanya.

Katanya, dalam keadaan kos sara hidup di negara ini yang semakin tinggi, mereka pula terpaksa berbelanja lebih semata-mata mahu diterangi cahaya pada waktu malam.

“Kalau ada elektrik, wang kami boleh dijimatkan, malah anak-anak juga dapat mengulang kaji pelajaran dengan mudah,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia berasa hairan kerana kotak elektrik sudah dipasang di setiap rumah dan balai raya, namun sehingga kini bekalan elektrik masih belum dipasang ke penempatan tersebut.
“Kotak elektrik sudah ada lebih dua tahun lalu, namun kami hairan kerana bekalan elektrik masih belum diperoleh,” katanya.
WARTAWAN SINAR HARIAN
20 November 2012

Wednesday, 7 November 2012

PANDUAN KEPADA JABATAN / WARIS-WARIS PENJAWAT AWAM YANG MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN


Ketua Jabatan perlu dengan serta-merta melaporkan kematian anggotanya kepada Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) dengan mengemukakan Borang Lampiran II dan salinan sijil kematian yang telah disahkan oleh Pengeluar Sijil/Polis/ Ketua Jabatan.
Atau;
Waris/balu juga boleh bertindak menghantar satu salinan sijil kematian yang telah disahkan oleh Pengeluar Sijil/Polis/Ketua Jabatan ke BPP secepat mungkin dengan menyatakan nama penuh waris/balu, alamat dan no. telefon yang terkini untuk dihubungi.
Ini bagi membolehkan BPP menguruskan tuntutan pampasan insurans/takaful dari Syarikat Insurans/Takaful.
Satu notis pemberitahuan akan dikeluarkan oleh BPP kepada waris/balu/jabatan bagi memaklumkan status akhir kedudukan Akaun Pinjaman samada berbaki debit/kredit setelah amaun pampasan disahkan diterima oleh BPP.
Di dalam kes di mana didapati pinjaman masih berbaki debit selepas ditolak insurans yang diterima, waris/balu perlu menjelaskan baki debit tersebut sebelum BPP memulangkan dokumen hakmilik.
Sementara itu, waris/balu juga dinasihatkan untuk terus menghubungi Pejabat Tanah/Mahkamah Tinggi atau melantik peguam bagi urusan mendapatkan surat pentadbiran pusaka tanpa menunggu notis pemberitahuan BPP memandangkan tempoh pengeluaran dokumen tersebut juga memakan masa.
BPP hanya akan memulangkan semula geran dan lebihan kredit (jika ada) setelah pihak waris/balu/jabatanmenyerahkan salah satu salinan surat pentadbiran pusaka seperti berikut;-
( i )  Surat Perintah Pembahagian Harta, Ordinance (Pembahagian) Harta Pesaka Kecil,1985  sekiranya harta bernilai kurang dari RM2,000,000/-; atau
( ii ) Surat Perintah Mahkamah bagi harta bernilai  atau lebih RM2,000,000/-; atau

( iii) Surat Kuasa Pentadbiran (Letter Of Administration) yang dikeluarkan oleh pegawai Pejabat Tanah atau Mahkamah Tinggi; atau
( iv ) Surat Kuasa (Grant Of Probate)  yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi.
Salinan surat tersebut hendaklah disahkan oleh pegawai Pejabat Tanah/ Mahkamah berkenaan sebelum diserahkan ke BPP.
Waris/balu juga dinasihatkan menghubungi Jabatan Perkhidmatan Awam Pencen (JPA-Pencen) bagi urusan pencen terbitan sekiranya berkaitan.

Wednesday, 31 October 2012

Pelaburan Genneva: 35,000 pelabur terlibat, pelaburan cecah RM10 bilion


Seramai 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion, dikesan terlibat dalam syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata menurut maklumat yang diterima, jumlah pelaburan yang diterima ketika ini sebanyak RM4 bilion, dan boleh mencecah RM10 bilion. 
Beliau berkata Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan masa untuk menyiasat perkara ini berdasarkan dua pertimbangan yang difikirkan perlu bagi menyelesaikan masalah skim tersebut.

"Pertama, syarikat ini berselindung dalam perniagaan emas di mana emas ini ada tarikan sentimental. Ramai berminat tidak kira latar belakang termasuk pemimpin. (Bagi mereka) Terdapat perasaan bahawa ini satu perniagaan betul.

"(Kedua) BNM terpaksa mengimbangi keadaan dan tidak boleh terus masuk pada satu masa. Contoh, kalau hari ini masuk dan siasat, BNM pun kena marah kerana disebabkan BNM masuk, pelabur hilang pulangan.

"Jadi BNM kena imbangi, tidak boleh terlalu cepat. Keseimbangan ini penting dan mustahak. Saya rasa kita semua akan belajar dari pengalaman ini semoga pengendalian kes lebih baik pada masa akan datang," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (BEBAS-Pasir Mas).

Awang Adek sebelum ini memberitahu Parlimen, liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas berkenaan melebihi aset syarikat dan keadaan itu menunjukkan Genneva Malaysia tidak mampu membayar pulangan kepada pelabur.

Baru-baru ini pihak berkuasa menyerbu Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat sekutunya kerana disyaki melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Menjawab soalan asal oleh Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) mengenai tindakan kementerian dalam membendung skim cepat kaya yang menjalankan pengambilan deposit dan pelaburan haram, Awang Adek berkata BNM sedang mengkaji untuk mengenakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang menjalankan skim seperti itu.

Selain itu katanya kementerian dengan kerjasama agensi kerajaan lain, termasuk bahagian penguatkuasaan, mengadakan pemantauan dan risikan serta maklumat menerusi aduan orang ramai. - Bernama