Wednesday, 29 February 2012

Paksa seks atas motosikal

NILAI - 29 feb 2012– Akibat terlalu percaya kepada teman lelaki, seorang pelajar Tingkatan Satu dirogol secara paksa oleh teman lelakinya yang berusia 19 tahun di sebuah lorong gelap, delat Gadong Jaya, Seremban.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusof Awang berkata, suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai di ibu negara itu dikatakan memaksa kekasihnya berusia 13 tahun itu melakukan seks atas motosikal.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian pertama berlaku Ogos tahun lalu dan selepas itu, pasangan tersebut kerap berjumpa untuk melakukan seks sehinggalah pada 22 Februari lalu.

“Laporan asal dibuat keluarga wanita itu yang melaporkan anaknya tidak pulang ke rumah selama seminggu dipercayai mengikut teman lelakinya di Kuala Lumpur.

“Sejurus laporan polis dibuat, wanita tersebut pulang ke rumah. Setelah didesak keluarganya, wanita itu memberitahu bahawa dia dirogol. Sebaik sahaja mengetahui hal itu, ibunya membuat laporan di Balai Polis Nilai,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Yusoff berkata, polis berjaya menahan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.


sumber: harian metro

Bangkai ayam di pintu pagar pusat khidmat Anwar

BUTTERWORTH - Bangkai seekor ayam ditemui digantung di pintu pagar pusat khidmat Anggota Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya di sini hari ini.

Siar 3 surat Dr M kepada Israel

Tun Dr Mahathir Mohamad
Kerajaan hari ini menyiarkan kepada umum tiga pucuk surat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel yang jelas menunjukkan ketegasan Malaysia terhadap kekejaman Israel. 

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, ketiga-tiga surat itu ialah bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan Malaysia tidak konsisten dalam pendirian dan dasarnya berhubung Palestin.

Saturday, 25 February 2012

Demo lucah kursus urut


KUALA LUMPUR: Apa yang dihajati ialah ilmu mengurut, namun yang dipertontonkan ialah demonstrasi urutan lucah apabila pengajar lelaki dengan selamba mengurut kemaluan dan payudara peserta wanita yang secara sukarela melondehkan pakaiannya.
Itu yang didakwa berlaku dalam satu kursus urutan tradisional di sebuah premis di ibu negara sehingga mengejutkan sepasang suami isteri yang menghadirinya bersama 30 peserta lain membabitkan lelaki dan wanita. 
Pasangan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Asman, 50, dan Laila, 47, berkata tindakan pengendali kursus itu sungguh mengaibkan dan ia berbeza dengan modul yang diiklankan kepada umum.

“Saya sukar menerima hakikat apabila ada peserta perempuan yang tampil sukarela menjadi model dan tergamak membenarkan pengajar lelaki itu mengurut kemaluan dan payudaranya di depan peserta wanita lain,” kata Laila.

Pasangan suami isteri yang mengusahakan perniagaan refleksologi itu ditemui Harian Metro ketika mereka membuat aduan kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, di sini, semalam.
sumber:harian metro

Pakai kain sarung naik tren


KUALA LUMPUR: Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel hari ini digalak menyertai program ‘Kereta Api Sarung’.
Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad, Datuk Shahril Mokhtar meminta orang ramai menyertai petugas RapidKL dan KL Monorail memakai sarung bagi menyokong dan memeriahkan acara itu.

“Saya juga mengajak mereka yang tidak bekerja pada hari itu supaya sama-sama memeriahkan acara berkenaan dengan menaiki tren dan berkumpul bersama warga kota lain di Pasar Seni pada Sabtu (hari ini) jam 4 petang. Tentu menarik nanti apabila melihat ramai orang memenuhi bandar raya dengan berkain pelekat dan berkain batik.
“Ini sesuatu yang boleh menyatukan semua rakyat Malaysia dan mempamerkan semangat 1Malaysia kerana ia tidak mengira bangsa, agama dan usia,” katanya dalam kenyataan di sini semalam. - Bernama

Wednesday, 22 February 2012

Permohonan Mat Sabu ditolak

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah membuat keputusan menolak permohonan Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS untuk membatalkan kes di mana beliau didakwa memfitnah anggota polis Bukit Kepong dan keluarga mereka dalam satu ceramah di Tasek Gelugor yang diadakan pada bulan Ogos tahun lepas.

NGO mengadakan demonstrasi di Perlabuhan Klang bantah kapal dagang dari Israel

Seramai sekumpulan 80 orang yang diketuai oleh Ketua Penyelaras Jingga 13, En.Fariz Musa berhimpun selama sejam sambil melaungkan slogan anti-Israel. Diberitakan bahawa sebuah lagi kapal dagang Israel akan berlabuh dipelabuhan tersebut pada hari ini.

Kelayakan Olimpik 2012

Team Malaysia telah dikecewakan oleh pasukan daripada matahari terbit, Jepun dengan jaringan goal 4 - 0.

Model Proton Terbaru !!!

Mungkin ini keluaran PROTON terbaru ?

Tuesday, 21 February 2012

Telefon pintar mampu milik di Malaysia menjelang April


Telefon pintar baharu yang akan dipasarkan di Malaysia menjelang April, mensasarkan segmen pasaran mampu milik.
Telefon berharga di bawah RM500 itu dimajukan dan dikeluarkan di Malaysia oleh sebuah syarikat tempatan, DMD Mobile Sdn Bhd.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohammed M. Daud berkata, syarikat itu sedang berunding dengan penyedia-penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi “DMD Android Smartphone Communicator”, yang mempunyai kapasiti menampung rangkaian 3.75G dan kelajuan 650 Mhz bagi pemproses utama.
“DMD Android Smartphone Communicator dengan ciri Komunikasi Medan Dekat serta ciri-ciri dan aplikasi khusus lain, boleh menjadi penanda aras bagi industri ini di negara ini,” katanya pada majlis pelancaran telefon pintar itu di sini hari ini.
Mohammed berkata, telefon itu ditawarkan dengan platform perkhidmatan lengkap bagi pasaran prabayar, termasuk komunikasi bersepadu dan sembang, emel mudah alih dan rangkaian sosial.
"Ia akan ditawarkan bersama dengan pakej mudah alih dan komunikasi dalam talian dengan bayaran RM10 sebulan,” katanya.
Menurutnya, DMD Mobile akan juga memasarkan telefon itu di Asia Selatan dan Timur Tengah.
"Kami akan melancarkan pemasaran antarabangsa pada Kongres Mudah Alih Sedunia di Barcelona pada 28 Februari,” katanya.
Mohammed berkata, telefon pintar itu merupakan pencapaian penting dan ia membuktikan bahawa syarikat-syarikat Malaysia mampu mencipta inovasi dan bersaing dalam sektor telefon mudah alih.
Beliau berkata, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyediakan sokongan Penyelidikan dan Pembangunan bagi projek itu. — BERNAMA

PM Melawat Kedah Sabtu, 25Feb


Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan sehari ke Kedah Sabtu ini.
Menurut kenyataan Jabatan Penerangan Negeri Kedah, Perdana Menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini pada pukul 9 pagi.
Program pertama beliau adalah menghadiri Himpunan Raksasa Perpaduan Gayung anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia di Modenas, Gurun pada pukul 10 pagi.
Pada pukul 2 petang, Perdana Menteri akan merasmikan Sekolah Bahasa Siam di Watt Kampung Titi Akar, Pendang dan seterusnya menghadiri Karnival Kasih Perdana Menteri bersama masyarakat Siam di Watt Nanai, Kampung Tok Set, Pendang. — BERNAMA

Pertandingan Seni Jawi


Sunday, 19 February 2012

PRU-13 Semakin Hampir


Meskipun tidak secara langsung menyatakan bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan tidak lama lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin BN Sabah di Kota Kinabalu malam semalam terus memberi bayangan bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

Menurut Bernama, ahli parlimen Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri yang ditemui selepas perjumpaan itu dipetik berkata pada pertemuan itu Najib mengingatkan para pemimpin dan semua anggota parti supaya bersiap sedia.

"Najib berkata ia boleh menjadi satu lagi lawatan atau tiada lagi lawatan... jadi ia boleh jadi sangat dekat.

“Tetapi, adalah penting bagi semua anggota parti untuk bersiap sedia," kata Abdul Rahim yang juga adalah Timbalan Menteri Pengangkutan dipetik agensi berita nasional itu.
Penggal lima tahun kerajaan sekarang akan tamat pada Mac tahun depan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal dari yang dijangkakan, sama ada pada Mei atau Jun ini.

Katanya, mereka membuat jangkaan itu berdasarkan pada pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat bulan depan.

"Tetapi saya fikir ia akan diadakan lebih awal. Kenapa kerana saya boleh baca fikiran mereka kerana saya juga pernah antara salah seorang daripada mereka," katanya pada majlis "Sepetang dengan Anwar Ibrahim" di Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT), di Bangkok, malam tadi.

Simpanan Kerajaan Selangor meningkat 25 peratus 9:34PM Feb 19, 2012 Simpanan Kerajaan Selangor meningkat 25 peratus 9:34PM Feb 19, 2012

Geran ‘Selangorku' yang berjumlah RM300juta akan dilaksanakan dengan penekanan nilai kepada wang, pendekatan rakyat terbanyak dan kecekapan, kata menteri besar.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran tersebut, yang diselenggarakan oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) akan mula dibelanjakan pada bulan Mac dengan proses yang telus dan bertanggungjawab.

"Geran ini akan dirasai oleh rakyat sepenuhnya dalam tempoh tujuh bulan dan kerajaan negeri komited untuk memberi penambaikan kepada rakyat kerana geran ini adalah tambahan kepada bajet negeri sebanyak RM1.6 bilion," kata menteri besar.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan permukiman exco selama tiga hari di Melaka yang berakhir hari ini bagi memperincikan mekanisme pelaksanaan dan pemantauan Geran Selangorku.

Ketika pemukiman tersebut, menteri besar diberi taklimat oleh bendahari negeri yang memaklumkan bahawa simpanan kerajaan telah meningkat sebanyak 25 peratus.

"Dari segi angka dan data menunjukkan prestasi kewangan adalah melebihi tahap biasa.

"Ini menunjukkan kerajaan negeri dan bukan sahaja mengawal perbelanjaan dengan baik tetapi juga menjaga sumber negeri," katanya.
sumber:malaysiakini

Kadar Dividen 6.00 Peratus

Terbaru di  KWSP Isytihar Kadar Dividen 6.00 Peratus Untuk 2011 Tertinggi Dalam Sedekad

Thursday, 16 February 2012

Mengapa Tak Mau Jadi Pemilih Yang Layak

Dari hasil bancian terdapat lebih 3.7 juta rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih. Apakah langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini?

Spekulasi MATA WANG Haram


2012/02/16

KOTA BHARU: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-98 semalam memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. 
Pengerusi Jawatankuasanya, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya. Sumber. Bernama