MALAYSIA kekal berdaya tahan dalam pertumbuhan ekonomi global yang masih dibelenggu situasi tidak menentu sepanjang 2012 ekoran krisis kewangan di Eropah serta kebimbangan terhadap pembaharuan dasar fiskal di Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, pada tahun lalu, Malaysia masih mampu mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.6 peratus dan ia didukung oleh aliran masuk pelaburan yang makin berkembang secara dinamik dan pertumbuhan dalam penggunaan domestik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala berkata, beliau percaya perkembangan itu dipacu sebahagian besarnya oleh agenda transformasi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan sejak 2010 untuk melonjakkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Katanya, di bawah senario ekonomi global yang mencabar pada masa kini, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meletakkan asas bagi Program Transformasi Negara (NTP) iaitu dengan memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada 2010.
NTP tercetus berikutan keperluan untuk melaksanakan Model Ekonomi Baru (MEB) yang telah dilancarkan pada awal tahun yang sama oleh Perdana Menteri untuk membawa Malaysia keluar daripada perangkap ekonomi pendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, agar akhirnya rakyat Malaysia dapat meraih manfaatnya untuk meningkatkan standard dan kualiti kehidupan mereka," katanya di dalam Laporan Tahunan ETP yang dikeluarkan oleh PEMANDU di sini baru-baru ini.
Beliau berkata, GTP disasarkan untuk menerajui inisiatif transformasi sosial yang penting, sementara ETP akan membolehkan Malaysia merealisasikan potensi ekonominya yang sebenar.
Katanya, sebagai sebuah komponen NTP, ETP merupakan prakarsa serampang dua mata yang merancakkan pembinaan kemampanan ekonomi Malaysia yang mana ia mengetengahkan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dengan memperincikan sektor utama peluang ekonomi dalam negara.
Penekanan keduanya adalah mewujudkan landskap ekonomi yang berdaya saing untuk perniagaan berkembang menerusi enam dasar struktur yang dipanggil Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI)," katanya.
Beliau berkata, dari aspek pelaburan, ETP menyasarkan untuk menggalakkan sektor swasta mengambil semula peranannya yang sebenar sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi, sekali gus membolehkan pelaburan awam terus memfokuskan projek pemangkin yang memberikan pulangan ekonomi yang menguntungkan.
Menjelang tahun 2020, katanya, pelaburan swasta diharapkan merangkumi 92 peratus daripada jumlah pelaburan dalam negara sementara bakinya adalah daripada pelaburan sektor awam.
Projek pemangkin yang dipacu sektor awam yang besar termasuklah Transit Laju Massa (Mass Rapid Transit - MRT), Sungai Nadi Kehidupan (River of Life - ROL) dan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (Pengerang Integrated Petroleum Complex - PIPC).
Secara keseluruhan, katanya, menerusi pendekatan pemangkin, ETP menyasarkan untuk memberikan impak terhadap seluruh ekonomi Malaysia dan bukan sekadar projek permulaan yang dikenal pasti di bawah NKEA dan aliran pelaburan ke dalamnya akan menghasilkan manfaat berganda lebih luas, yang seterusnya akan berkembang ke sektor ekonomi yang lain.
Untuk mengenal pasti hala tuju sebenar bagi ETP, matlamat telah ditetapkan untuk mencapai Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak AS$15,000, mewujudkan 3.3 juta pekerjaan dan memperoleh AS$444 bilion dalam pelaburan menjelang tahun 2020. Kita menggunakan kayu ukur global yang berwibawa, iaitu pendekatan Bank Dunia untuk mentakrifkan sasaran pendapatan tinggi kita.
Ambang PNK per kapita semasa Bank Dunia untuk ekonomi berpendapatan tinggi ialah AS$12,476. Kita telah mengambil kira angka inflasi global berdasarkan sejarah yang telah diterbitkan oleh Bank Dunia pada kadar 2 peratus sehingga tahun 2020 untuk mencapai nilai pendapatan tinggi yang dianggap realistik pada tahun 2020 dan hasilnya ialah AS$15,000," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20130320/lk_02/Ke-arah-negara-berpendapatan-tinggi#ixzz2OI5uN6O2
© Utusan Melayu (M) Bhd