Monday, 12 March 2012

Waspada beli jongkong emas

EMAS adalah komoditi yang sangat bernilai dengan harganya di pasaran semakin menaik sehingga mencecah 35 peratus, malah perkembangan emas dan perak juga sangat menarik sejak akhir-akhir ini.
Senario ini menyaksikan lebih ramai suka menyimpan jongkong berbanding barang kemas kerana nilai premiumnya rendah dan murah serta penjualan semula tinggi. 
Perkembangan positif ini mengundang pelbagai syarikat menawarkan kaedah bagi mengaut keuntungan tinggi.

Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Sri Ayu Kartikawati Amri bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Nubex Sdn Bhd, Nur Hilmy Ahmad untuk tip melabur dan membeli emas secara bijak.

Sejak bila syarikat Nubex ditubuhkan dan apakah objektif penubuhannya?�

Nubex syarikat milik penuh Bumiputera dan ditubuhkan secara rasmi pada Februari 2009. Selepas pengalaman terkumpul 16 tahun dalam komoditi ini, kami berpendapat tiba masa untuk Nubex mengetengahkan amalan pembelian jongkong emas atau perak dilakukan masyarakat antarabangsa iaitu transaksi pembelian serta penjualan berpandukan harga semasa emas dan perak dunia yang sentiasa dinamik dan bergerak 24 jam sehari, 5 hari seminggu.

Nubex berhasrat menjadi penyumbang terbesar pemilikan aset sebenar rakyat Malaysia yang kini terjual RM50 juta membabitkan nilai emas dan perak sejak ditubuhkan.�


Apakah perkhidmatan dan produk disediakan Nubex?

Nubex menyediakan perkhidmatan kepakaran mengenal pasti ketulenan emas dan perak, membeli emas dan perak pada harga tinggi berbanding pesaing dalam pasaran, menyediakan khidmat ansuran mudah sehingga 36 bulan dengan bank tempatan, malah pelanggan diberi kemudahan membeli pada waktu malam dengan 24 jam untuk membuat pembayaran.

Kami juga sentiasa mengemas kini pergerakan harga mengikut pasaran antarabangsa dan menjadi pengedar rasmi PAMP Suisse, Emirates Gold serta Perth Mint, Australia selain menyediakan khidmat penghantaran ke seluruh dunia dengan perlindungan insurans.

Nubex juga pelopor di pasaran tempatan yang mengemas kini harga pasaran sebenar emas dan perak setiap minit berdasarkan harga pasaran emas dan perak antarabangsa. Ia dipaparkan secara percuma di laman web www.nubex.com.my. Ini membolehkan pelanggan Nubex menetapkan posisi pembelian dalam waktu berbeza mengikut pilihan sendiri dan semua ini dilakukan secara dalam talian.


Bagaimana untuk mengelak menjadi mangsa pelaburan atau pembelian emas?

Kebanyakan syarikat menjanjikan aliran tunai tetap bulanan berupa diskaun lanjutan, hibah dan dividen termasuk menjanjikan keuntungan mudah dengan hanya menjadi broker untuk menjual emas di bawah harga semasa dalam kuantiti yang tidak masuk akal. Malah, mereka bergerak dalam keadaan sangat sistematik dan teratur dengan menjalankan aktiviti perniagaan dalam lingkungan undang-undang serta berselindung di sebalik sijil syariah untuk mengaburi mata pembeli atau pelabur Islam.

Dalam pada pembeli dan pelabur ghairah membeli emas dan perak ini sebagai alternatif pelaburan, mereka perlu berwaspada dan mengetahui beberapa perkara asas sebelum melakukan sebarang transaksi bersama penjual.�

Pertama, emas dan perak fizikal. Penjual mesti mengemukakan fizikal kerana emas serta perak adalah komoditi dan sekiranya penjual gagal menunjukkan fizikal atau memberikan fizikal selepas transaksi dibuat, besar kemungkinan terbabit dalam skim di atas. Selepas memperoleh emas atau perak fizikal berkenaan, pastikan ia emas tulen atau mengikut spesifikasi dijanjikan.

Kedua, premium atas spot. Sekiranya syarikat A menjual RM22,000 untuk 100 gram emas berketulenan 999.9 (RM 220/gram) di atas harga spot RM180 segram, maka premium dikenakan ke atas pembeli ialah RM40/gram atau RM4,000 untuk 100 gram.

Jika syarikat B menjual pada harga RM18,300 untuk emas dengan ketulenan dan berat yang sama, tentu pelanggan yang bijak memilih syarikat B.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa premium atas spot bukan bermaksud keuntungan dinikmati penjual. Harga spot tidak mengambil kira kos overhead penjual seperti gaji, insurans, pengangkutan, kos penyimpanan dan lain-lain.

Ketiga, jurang perbezaan harga beli dan jual (spread). Mengambil contoh terdahulu, jika syarikat A membeli semula pada kadar RM17,500 untuk emas yang dijual pada harga RM22,000, jurangnya ialah RM4,500 atau 20.5 peratus.

Jika syarikat B membeli semula pada harga RM17,900, jurang perbezaan ialah RM400 ataupun 2.2 peratus saja. Dalam keadaan ini, syarikat B menawarkan jurang yang kecil dan sesuai sebagai pelaburan.

Ini kerana jika harga emas mengalami kenaikan tahunan 25 peratus, pembeli syarikat B akan mendapat keuntungan bersih 22.8 peratus.

Keempat, berat dan saiz. Emas dan perak di pasaran dunia secara umumnya mengenakan premium serta jurang perbezaan harga lebih tinggi untuk emas dan perak bersaiz kecil disebabkan kos cetakan selain pembuatan lebih tinggi berbanding saiz dan berat lebih besar, contohnya harga untuk 1 gram jongkong emas kini sekitar RM230.

Bagaimanapun, jika pembelian 100 gram jongkong emas, harganya sekitar RM18,300 iaitu (RM183/gram).

Kelima, sumber dan reputasi penjual. Emas dan perak dikeluarkan loji penulenan terkemuka dunia dan menjadi rebutan pelabur kerana diterima di seluruh pelusuk dunia dengan harga tinggi, mutu baik dan jaminan ketulenan tepat. Antara ciri baik ialah mendapat status Good Delivery, ahli London Bullion Market Association (LBMA).

Di Malaysia, belum ada kilang atau loji penulenan emas diiktiraf LBMA. Jika anda memiliki syiling emas Krugerrand dihasilkan South African Mint dan syiling emas dihasilkan pengeluar emas tempatan, tentu nilai dan kecairan syiling emas Krugerrand lebih tinggi di peringkat antarabangsa.


Bagaimana untuk pembeli mengetahui sama ada ia tulen atau tidak?

Jangan letakkan beban menguji ketulenan itu di bahu anda, sebaliknya penjual bertanggungjawab melakukannya.

Pelbagai jenis ujian tidak destruktif boleh dilakukan di kedai emas dengan upah serendah RM10 atau kurang.

Antara ujian ialah ujian ketumpatan, asid, imbasan-x atau konduktiviti. Selain itu, terdapat jenis jongkong yang mempunyai sijil pengesahan daripada ‘assayer’ mengenai ketulenan emas atau perak. Namun cara terbaik adalah dengan menjalankan ujian untuk menentukan ketulenan.
rujukan:harian metro

Wednesday, 7 March 2012

Bantulah saya selamatkan Suhaila…


SUHAILA sebelum ini merahsiakan apa yang dihadapinya. Bila sakit menyerang, dia lebih suka berkurung dalam bilik.
Apabila kerap bersembunyi berjam-jam, kami semua mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Dan saya pula pada awalnya hanya menganggap Suhaila hanya seng­gugut setiap kali datang bulan.
Tetapi apabila mendapati setiap bulan Suhaila menanggung sakit sampai menangis, saya bawa dia jumpa doktor.Pada awal pemeriksaan, doktor mengesahkannya sebagai kencing kotor. Tetapi, kesakitan yang ditanggung Suhaila membuatkan saya nekad mendapatkan khidmat pakar.
Kata pakar, anak saya perlu dibedah segera kerana ada ketumbuhan. Tetapi apabila pembedahan dilakukan, doktor terperanjat apabila mendapati Suhaila mempunyai dua rahim dan satu buah pinggang.
Doktor menasihatkan saya membawa Suhaila ke hospital kerajaan supaya kes ini dapat dirujuk di sana.
Bagi mengurangkan rasa sakit, Suhaila diberikan ubat tahan sakit. Setiap hari pula, Suhaila perlu diberikan ubat perancang kehamilan, bagi mengelakkannya datang haid.
Mendapat maklumat daripada seorang teman tentang pakar perubatan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai berjaya melakukan pembedahan kepada seorang kanak-kanak perempuan 13 tahun, yang mempunyai kes sama seperti Suhaila, hati ibu ini berbunga riang.
Sebagai ibu saya sentiasa berfikiran positif. Walaupun tahu ada risikonya, tetapi saya yakin dengan kuasa ALLAH. Segalanya akan berjalan lancar, dan anak saya akan sembuh seperti sedia kala.
Lebih baik saya mencuba daripada tidak melakukan apa-apa untuk Suhaila.
Setelah menjalani dua pembedahan, rahim Suhaila kini semakin membesar. Jadi, pembedahan segera perlu dilakukan. Namun dana untuk membiayai pembedahan Suhaila yang dijadual 22 Mac ini belum mencukupi.
Saya masih buntu memikirkan kaedah bagi mendapatkannya sebelum berlepas ke Dubai 19 Mac ini.
Pembedahan segera perlu dibuat bagi menyelamatkan nyawa anak saya.
Hasil sumbangan orang ramai, tiket kapal terbang untuk kami berdua sudah dibeli. Ada pelbagai pihak yang akan mempertimbangkan sumba­ngan bagi meringankan beban tanggungan kos pembedahan itu, namun jumlahnya masih tidak cukup.
Pastinya ada yang berta­nya mengapa perlunya pembedahan di luar negara. Kes Suhaila masih baru dalam sejarah perubatan negara. Jadi di sini belum ada kepakaran.
Pihak hospital memak­lumkan, kajian terhadap penyakit ini memakan masa sebelum pembedahan membuang rahim yang gagal berfungsi itu boleh dilakukan. Kelewatan membuat pembedahan hanya akan mendedah­kan Suhaila kepada risiko.
Bagaimanapun, saya kini berdepan dengan masalah mendapatkan surat sokongan daripada hospital bagi mengesahkan penyakit yang dihadapi Suhaila. Ketiadaan surat itu menyebabkan bantuan dana membiayai kos perubatannya terbantut.
Sebelum ini, Lembaga Zakat Selangor akan mempertimbangkan dana RM35,000 bagi membiayai pembedahan Suhaila, namun masih belum diputuskan kerana ketiadaan surat sokongan daripada hospital kerajaan.
Saya sangat berharap kekangan mendapatkan surat sokongan daripada hospital dapat disegerakan bagi menye­lamatkan nyawa Suhaila.
Tolonglah! Permu­dah­­­kan­­­l­­ah usah saya ini. Bantulah saya selamatkan nyawa Suhaila!
Bagi yang ingin membantu sumbangan boleh berbuat demikian menerusi AKAUN MAYBANK MILIK HANITA: 112101581281
petikan:harian metro 6/3/2012

Kaum kuffar membakar al-Quran


KITA amat kesal dengan berita disiarkan media menyatakan tentera NATO terbabit dalam insiden membakar kitab suci al-Quran di Afghanistan. Walaupun pihak NATO mengatakan tentera terbabit tidak sengaja melakukan hal itu serta akan menyiasat terhadap pelakunya, ia jelas satu perbuatan menghina Islam.
Sebelum ini, peristiwa sama pernah terjadi di Florida, Amerika Syarikat yang mana pendeta Terry Jones membakar al-Quran kononnya sempena memperingati peristiwa 11 September 2001 di New York dengan menjadikannya sebagai ‘International Burn a Koran Day (Hari membakar al-Quran Antarabangsa). Kebetulan pula hari itu bertepatan dengan Hari Raya Aidil Fitri 1431 hijrah.
Selain itu, kita turut disajikan laporan tentera NATO kencing ke atas mayat orang Islam yang menjadi mangsa serangan mereka di medan peperangan. petikan: harian metro

Tuesday, 6 March 2012

Isteri maut kerana babi hutan



BESUT – Hajat seorang suami untuk menghantar isterinya bekerja di Kuala Terengganu tidak kesampaian apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki terlanggar seekor babi hutan sebelum kenderaan tersebut bertembung dengan sebuah kereta lain dalam kejadian di Kampung Anak Ikan di sini semalam. 

Balai polis diserang: Penduduk diminta bertenang


06/03/2012 9:13pm

GEORGETOWN — Polis Pulau Pinang meminta penduduk di sekitar Teluk Bahang bertenang dan memberi masa kepada pihak polis menyelesaikan siasatan kes serangan balai polis di situ oleh kira-kira 100 orang kampung yang kurang senang dengan sikap seorang anggota polis ketika menjalankan tugas membanteras mat rempit.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, anggota polis yang berpangkat lans koperal itu sudah ditukarkan ke unit lain dan siasatan terhadapnya masih dijalankan.
"Polis memandang serius perkara ini. Kita tidak berniat untuk menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan awam... sesiapa yang didapati bersalah pasti dikenakan tindakan undang-undang.
"Justeru, kita minta pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes itu tampil memberi kenyataan untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, sehingga kini empat laporan polis dibuat berhubung kes itu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam Sabtu, anggota polis itu didakwa membaling topi keledar ke arah sekumpulan mat rempit yang sedang menunggang motosikal sehingga menyebabkan lima daripada mereka terjatuh.
Dua daripada mereka yang parah dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang.— BERNAMA
petikan: kosmo

Friday, 2 March 2012

Malaysia sebagai hab pengeluaran untuk kereta berteknologi hijau dan kereta elektrik


Beberapa pengeluar kereta global berminat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran untuk kereta berteknologi hijau dan kereta elektrik.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang enggan mendedahkan syarikat tersebut berkata, terdapat beberapa siri perbincangan dengan pengeluar kereta berkenaan namun ia masih di pelbagai peringkat awal.
“Belum ada yang muktamad tetapi kerajaan bersedia untuk mendengar permintaan mereka kerana teknologi hijau dan kenderaan elektrik menjadi pilihan pengguna, namun ia masih di peringkat perbincangan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan BMW Vision EfficientDynamics Concept di sini hari ini.
Turut hadir ialah Pengarah Urusan BMW Malaysia, Geoffrey Briscoe.
Menurut Mukhriz, salah satu sebab kesediaan pengeluar kereta global berminat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kerana komitmen kerajaan yang menyokong langkah persekitaran hijau.
Malah pengeluar kereta global turut melihat komitmen kerajaan memperkenalkan pengecualian penuh ke atas duti import dan eksais bagi kenderaan hibrid sehingga Disember 2013.
Selain itu katanya, Malaysia mempunyai kelebihan dari segi iklim yang stabil dan berdasarkan perbincangan dengan pelabur asing mereka tertarik dengan kelebihan negara.
“Perkara utama yang difikirkan mereka ketika ini adalah kestabilan iklim dan kekerapan bencana alam bagi mengelakkan kerugian besar,” jelasnya.
Ditanya tentang kesediaan sektor automotif menghadapi dasar liberalisasi, beliau berkata, ketika ini syarikat automotif tempatan masih belum bersedia sepenuhnya.

Tiada tapisan filem mulai 2012

Berkuatkuasa tahun ni, Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan tersebut akan diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem itu sendiri.