Thursday, 28 June 2012

Renung Sebentar, tanyalah diri kita adakah......?


Penulisan wasiat adalah satu cara penyerahan harta dan kuasa kepada waris-waris
bila menghadapi kematian. Oleh kerana hanya kita sahaja yang tahu tentang diri kita,
harta-harta yang kita miliki dengan menulis wasiat dapatlah kita menyenaraikan semua
harta-harta kita dan membahagikannya kepada semua waris-waris kita supaya harta-harta
yang ditingalkan dapat di menafaatkan. Sareh (2009) berpendapat menulis wasiat
merupakan tindakan mulia untuk menzahirkan keinginan pewasiat terhadap pembahagian
harta yang dikumpulkan semasa hidup agar ianya dapat diagihkan kepada keluarga
tersayang dan juga bagi tujuan kebajikan.
Sareh (2009) juga menjelaskan kandungan wasiat seharusnya menyentuh perkaraperkara
seperti, pesanana kepada yang masih hidup, nama-nama waris; ibu, bapa,
pasangan, anak lelaki dan anak perempuan, tanah, rumah, polisi insuran, saham-saham,
bank akaun, KWSP, senarai hutang, hasil penulisan, cara pembahagian yang terbaik ialah
mengikut hukum faraaid, pembahagian harat bagi tujuan kebajikan, kos pengurusan
pusaka, perlantikan wasi, hak penjagaan anak yang dibawah umur, dan perlantikan
pemegang amanah.

No comments:

Post a Comment