Sunday, 19 February 2012

PRU-13 Semakin Hampir


Meskipun tidak secara langsung menyatakan bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan tidak lama lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin BN Sabah di Kota Kinabalu malam semalam terus memberi bayangan bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

Menurut Bernama, ahli parlimen Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri yang ditemui selepas perjumpaan itu dipetik berkata pada pertemuan itu Najib mengingatkan para pemimpin dan semua anggota parti supaya bersiap sedia.

"Najib berkata ia boleh menjadi satu lagi lawatan atau tiada lagi lawatan... jadi ia boleh jadi sangat dekat.

“Tetapi, adalah penting bagi semua anggota parti untuk bersiap sedia," kata Abdul Rahim yang juga adalah Timbalan Menteri Pengangkutan dipetik agensi berita nasional itu.
Penggal lima tahun kerajaan sekarang akan tamat pada Mac tahun depan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal dari yang dijangkakan, sama ada pada Mei atau Jun ini.

Katanya, mereka membuat jangkaan itu berdasarkan pada pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat bulan depan.

"Tetapi saya fikir ia akan diadakan lebih awal. Kenapa kerana saya boleh baca fikiran mereka kerana saya juga pernah antara salah seorang daripada mereka," katanya pada majlis "Sepetang dengan Anwar Ibrahim" di Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT), di Bangkok, malam tadi.

No comments:

Post a Comment